posted on Friday, January 4, 2013 0 comments
Assalamualaikum,Post kali ni, tak tau nak post apa. So post yang ni lah. Hee.
Pernah terdetik di dalam hatiku rasa cemburu saat melihat teman temanku mempunyai teman istimewa sendiri,
Hatiku juga sunyi tatkala melihat senyum tawa temanku disaat melihat mereka bercanda bersama jejaka dihati,
Tipu jika aku katakan bahawa aku tidak mempunyai keinginan yang sama untuk mempunyai pasangan sendiri,
Lalu hadir sang jejaka menagih cinta diri ini,
Aku hampir jatuh ke lembah noda dek keindahan fantasi dan janji,
Namun Allah tetap bersemadi kukuh dalam hati ini,
Rabbi hadirkan rasa khuatir dan bimbang dalam diriku di saat sang kumbang menagih janji,
Aku mulai sedar dek kepalsuan janji sang kumbang tanpa berbekal iman dihati,
Akanku penjara diriku dalam dunia percintaan ini sehinggalah akad menghalalkan percintaan suci ini,
Ku cuba bebaskan diri dari noda hati yang telah kulakukan dek nafsu dan keinginan hati,
Kan ku simpan erat cinta ini buat insan yang diredhai,
Pasti ku nanti keindahan cinta yang dirahmati,
Ya Allah, kau pelihara lah diriku, jangan kau biarkan harumanku dihidu sang kumbang duniawi,
Ya Allah, kau peliharalah diriku, jangan biarkan kelopakku gugur dek keindahan janji yang tidak ditepati,
Atin.Cinta High Class tak ni? Hee >_<




